*****LATAR BELAKANG KELAB KKMM*****

Kementerian telah menubuhkan Kelab Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KELAB KKMM) secara rasminya dengan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang berkuatkuasa bermula 4 April 2011 bagi menggantikan KELAB KEMPEN.

 

Mengikut Undang-undang, KELAB KKMM akan diterajui oleh 2 Jawatankuasa ex-officio (secara automatik) dan Ahli Jawatankuasa Kelab yang akan dilantik melalui pemilihan. 2 jawatan ex-officio akan dilantik secara automatik iaitu Penaung Kelab KKMM yang dipegang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Penasihat Kelab KKMM dipegang oleh Ketua Setiausaha KKMM. Lain-lain jawatan Ahli Jawatankuasa Kelab adalah dilantik secara pemilihan iaitu bagi jawatan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari, Penolong Bendahari Pemeriksa Kira-kira I, Pemeriksa Kira-kira II, Biro Sukan, Biro Kebudayaan dan Kesenian, Biro Sosial dan Lawatan, Biro Kebajikan, Biro Wanita dan Biro Komunikasi dan Perantara.

 

Pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian juga telah mewajibkan semua Pegawai dan Kakitangan Warga Kementerian dan Jabatan Penyiaran Malaysia menjadi ahli kelab. Warga KKMM yang lain di bawah Jabatan dan Agensi adalah digalakkan untuk menjadi Ahli KELAB KKMM memandangkan Jabatan dan Agensi ini telah mempunyai Kelab Sukan dan Rekreasi masing-masing.

 

Mengikut Undang-Undang KELAB KKMM, yuran telah ditetapkan kadar RM 20.00 seorang yang merupakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 10.00 dan Yuran Keahlian RM 10.00. Bayaran ini merupakan bayaran sekali sahaja sepanjang tempoh pegawai / kakitangan berkhidmat di KKMM.